LUMUT: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Jabatan Penguatkuasaan dan Pelesenan MPM dalam satu kenyataan memaklumkan tangkapan haiwan peliharaan termasuk anjing berwarna putih yang mengejar kanak-kanak terbabit dilakukan Unit Haiwan Merayau sekitar jam 11 pagi.
Menurutnya, haiwan tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993.
"MPM menyita tiga ekor anjing termasuk anjing putih tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan yang mana pemilik gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak menjadi gangguan kepada jiran-jirannya disebabkan salakan yang tidak berhenti-henti atau selainnya.
"Selain itu, pemilik juga gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa anjing itu tidak merayau di luar kawasan premis pemiliknya dan anjing itu berikat tali apabila dibawa keluar daripada premis pemiliknya," katanya pada Ahad.
Media melaporkan tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan sekitar jam 8.54 pagi pada Sabtu.
Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing namun, seorang daripadanya bertindak melintas jalan.
Malangnya, kanak-kanak itu terjatuh menyebabkan sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan mengelak hingga terbabas menaiki pembahagi jalan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 28 2024
Video tular memaparkan kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.